Friday 1 August 2014

perlukah adanya rasa cinta sekiranya insan yang dicintai belum pasti membalikkan rasa? 

perlukah aku terus bergantung harap terhadap si dia yang selama ini kupuja?

si dia yang pernah dahulu aku miliki namun kini telah aku usir jauh dari pandangan kalbu

namun tidak pernah sekali kali si dia aku buang jauh dari lubuk hati

cinta yang telah bertahun ku ukirkan namanya di jantung hati kini menyepi diri

omomg kosong yang seringkali kujadikan perbualan masa senggang kini kurasakan hambar

tiada lagi gurau senda

tiada lagi hilai tawanya yang sering menjadi alunan pembisik mimpi indah..





aku terlalu berharap ya Allah. berharap bahawa si dia akan menjadI milikku kelak. berharap agar hubungan kami tetap seperti dulu setelah semua benda terjadi. aku tahu itu kehendakku. bukan kehendak dirinya. aku usir dia jauh dari diriku. tetapi itu semua aku lakukan demi kebaikan aku, dia dan semua. aku tak nak kami terus terusan melakukan perbuatan maksiat. aku tidak mahu Engkau berterusan murka dengan aku dan dia. aku terlalu sayangkan dia. aku sanggup lakukan apa sahaja demi kebaikan kami berdua kelak. hubungan yang terjalin selama bertahun tahun terjalin mesra erat dan kuat namun tanpa redhaMu mampukah hubungan itu terusan bertahan? tidak. untuk itu aku terpaksa merelakan dirinya pergi. untuk seketika dan berharap semoga suatu hari kelak dia akan kembali kepada diriku dan bersatu dalam suatu ikatan yang sah dan halal ya Allah. 

namun...seandainya dirinya bukanlah tercipta buatku, aku relakan dia buat menjadi pendamping buat seseorang yang lebih layak buat dirinya berbanding aku. aku tahu Engkau menciptakan setiap hamba-Mu berpasang pasangan dan tidak ada suatupun yang terlepas daripada pandangan-Mu. Maha Besar-Mu wahai Sang Pencipta. 

aku pasrah. aku redha. seandainya ini ketentuan takdirku. namun aku bermohon semoga Engkau jagakan dia buat diriku. semoga dia terus berada di bawah lindungan-Mu ya Rabb. ameen..





"....I STILL LOVE YOU AND WILL ALWAYS LOVES YOU MY LOVE WILL NEVER DIES AS LONG AS THE STARS TWINKLES IN THE SKIES AND TILL THE DAY I DIE.....I MISS THE OLD US "